Followers

My Graduation!!!

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Monday, January 14, 2013

Isnin Yang Sibuk #11

Mari sama2 kita amalkan.... dan pnjang2kanlah kepada mereka yg lain... :)


Fadhilat beristighfar:

a)  Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70
x sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)."
Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah
SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda
sendiri melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk
mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam
amalan-amalan harian kita.

 

b)  Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar,
akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah
yang tidak menentu
yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan
bererti berdukacita"

 

c)  Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya
dalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk
kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya
dalam bentuk wang ringgit.




Peringatan Terakhir - Melatah:
Bagi wanita yang suka melatah seperti “O pocot”, “O nenek kebayan”, “O sayang”  - jangan biarkan diri anda

Melazimkan sebutan-sebutan sepertinya kerana sebutan itu tidak membawa sebarang makna & kebaikan.
Kelaziman sebegitu dari waktu muda akan terbawa ke hari tua. Ubahlah sebutan anda ketika melatah dengan

Menyebut “Subhanallah” – Maha Suci Allah. Sebutan sebegini memberikan pahala dan makna kepada yang menyebut & mendengarnya.

Moga-moga dengan membiasakan diri berzikir, latah anda juga akan turut “berzikir”.

No comments:

Post a Comment