Followers

My Graduation!!!

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Thursday, January 31, 2013

KYS #13 : Kes Dera Bapa Pukul Anak Kerana Pakai Tudung

sedih sgt2 kisah yg dipaparkan di bawah
sila hayati dengan sebaik2 nya...

Aku mengeliat sepuas puasnya. Nasib baik takder siapa nampak cara aku mengeliat. Mahu jatuh saham aku huhu.

Tiba tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak benarkan? Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk giler. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal dunia lama dah. Sedih sangat sangat.

Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar.

Aku bangun capai tuala, masuk bilek mandi.

Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau bapa aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah. Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!!

Aku turun ke bawah. Baru jea nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik. Aikkkk, apahal bapa balik awal ni???

Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa aku benarkan aku pakai tudung. Now or never!

Bila bapa aku buka jea pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, aku kata, ""Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!"

Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar! Pangggggggggggggggg ggg. Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok aku di celah set sofa.

"Aduhhhhhhhhhhhhhhh hhhh....sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau adik dan abg tak nak...."

Pangggggggggggggggg gggg....! Bapa aku labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku abis bercakap.

"Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak pakai tudung buat apa??? Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng! Nama hang aku boh "Razali", tup tup lekat jadi ZAZA sahaja! Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!".

Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit kena tampar, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak.

SALAH KAH AKU? SALAH KAH AKUUUUUUUU! OOOOO tidakkkkkkkkkkkkk
!
 
KWANG3X.. TEKUN BACA HEH , DARI ATAS .... RELEX LAR BEB .. 
AKU PUN DAH TERKENA
X KAN NAK KENA SORANG2 PLAKKKKKKKKKKKK .... :p

Monday, January 28, 2013

IYS #13 : Pisang & Hati

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
disini pnulis ingin berkongsi sebuah cerita teladan buat kite semua....
mari sama2 kita hayati cerita ini... :)



Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing.
Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.
Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk .. Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

"Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Mayam.
Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu,
cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup.
Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci..
Moralnya, jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati.. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.

Semoga cerita ini menjadi iktibar dan pengajaran buat kita semua... :)

Friday, January 25, 2013

Kemaskini...

Assalamualaikum & Salam Satu Bloggers Semua...
kpada yg mngikuti blog ku...
sdikit perubahan yg telah pnulis lakukan...
jdi... pnulis harap.. kalian klik la link di bwah ini jika ingin mengikuti
post2 yg kalian belum lg baca...

Koleksi Isnin Yang Sibuk & Khamis Yang Sepi


dan x lupe juga...
pada kalian yg mngikuti kisah hidup pnulis...
boleh mngikuti di link ini...
kerana pnulis sdah pun memindahkn sgala kisah hdup pnulis d blog lain...
kalian boleh mngikutinya di link ini...

Semuanya Bermula Disini...

ok lah... itu shaja yg ingin smpaikan... harap kalian semua enjoy... :)

Thursday, January 24, 2013

KYS #12 : Kisah Benar Hantu Bukit Putus, Negeri Sembilan

Kisah gempar dan menyeramkan ini terjadi kepada seorang lelaki yang bekerja di Seremban. Pada hari tersebut (hari khamis petang jumaat) beliau terpaksa balik ke Kuala Pilah kerana keluarganya mengadakan kenduri arwah. Selesai kenduri lebih kurang pukul 11.00 malam, dia pun terpaksa berangkat balik ke Seremban sendirian walaupun agak lewat kerana keesokkannya dia bekerja.

Sampai di Bukit Putus, jalan yang bengkang-bengkok tu, dia pun ternampak seorang perempuan berbaju putih sedang menahan keretanya. Hatinya tergerak pula ingin menolong. Lantas dia pun berhentikan keretanya dan bertanya “Apa halnya cik adik malam-malam buta kat sini?”,”Abang.. tolong lah saya. Kereta saya rosak ni… Puas dah saya tahan kereta lain. Tapi semuanya tak nak berhenti. Boleh tak tumpangkan saya sampai ke Seremban aje. Saya boleh bayar berapa abang nak??”. Entah macam mana dia pun tergerak hati nak menolong perempuan berbaju putih yang cantik tu…

” Oklah. Saya pun nak ke seremban jugak”, terkeluar dari mulutnya… Tapi hatinya masih lagi was-was… Diapun membuka pintu dan mempelawa perempuan itu masuk. Perempuan tu bukannya nak duduk kat belakang, terus aje duduk di depan sebelahnya. Nak juga ditegur tapi terlalu pantas perempuan tu tutup pintu dan terus lock pintu. Berdegup juga hati lelaki tu. Dia cuba tenangkan dirinya… seolah-olah takde apa yang berlaku. Dia masih lagi membisu kerana menyesal kenapalah dia dengan mudah aje membenarkan seorang perempuan menumpang keretanya di tengah malam buta ni… seorang diri pulak tu…

Tapi yang peliknya, hatinya macam ditarik-tarik supaya menolong perempuan tu… Padahal, dia tu memanglah penakut dengan perempuan! Masing-masing hanya diam membisu beberapa ketika… Tiba-tiba… dia mula merasa seram & meremang bulu roma bila perempuan tu berbau wangi. Dia pun mulalah membaca ayat-ayat suci yang terlintas di kepalanya. Peluh mula membasahi dahinya. Dia makin tak senang duduk .Perempuan tu kelihatan agak bersinar bila kenderaan yang bertembung menyuluh kearah keretanya. Dia pun memberanikan diri dengan menjeling ke arah perempuan tu bila sampai ke selekoh yang tajam. Perempuan tu juga memandang kat dia sambil tersenyum. Menampakkan giginya yang putih… ditambah lagi dengan baju yang dipakainya…

Dia pun beranikan diri dan bertanya…

”kenapa cik adik ni pakai baju putih malam-malam ni??
”ni memang pakaian rasmi saya setiap malam jumaat… ”
” Saya ada kelas yasin… ” jawab perempuan tu
”Tapi.. putihnya lain macam aje… tak pernah pulak saya tengoknya ”
tanya lelaki tu lagi.
”Apa yang lain nya… sama aje. Eh, betul ke tak pernah tengok??”
” Eyea… lain macam aje. seram pulak saya dibuatnya… ”
” Ehh takkan sampai seram… ”

“Pakai aje le Breeze colour baru!!!”

Lelaki tu bengang dan terus aje memecut keretanya.


keh3... jangan marah... ;p

Monday, January 21, 2013

IYS #12 : Aku Sebiji Bola

Contoh Karangan UPSR: Aku Sebiji Bola

Aku sebiji bola. Keturunan aku berasal dari sebuah negara Asia Tenggara
bernama Malaysia . Moyang aku sebatang pokok getah yang menetap di Felda
Bukit Rokan, Gemencheh, Negeri Sembilan.

Tidak banyak yang aku tahu tentang tempat asal-usulku. Sebab ketika masih
berstatus getah keping aku telah dihantar ke England . Yang aku tahu, di
Malaysia sana ramai penduduknya yang berjiwa Scouser walaupun secara
zahirnya mereka makan tempoyak dan budu. Kebanyakan dari mereka ini tidak
pernah menjejakkan kaki ke Liverpool .

Bukan macam aku. Ketika umur masih getah sekeping aku telah menjejakkan
kaki di Liverpool . Kapal yang aku naik dari Pelabuhan Klang selama beberapa
bulan akhirnya tiba di Pelabuhan Liverpool . Alhamdulillah, sepanjang
perjalanan kami tidak dirampok oleh lanun-lanun Somalia .

Dari pelabuhan aku telah dibawa ke sebuah kilang di pinggir kota Liverpool .
Di sana aku telah dicairkan, dilenyek dan diacu bersama rakan-rakan getah
keping yang lain. Dari satu mesin aku masuk ke mesin yang lain. Kami
diberikan pewarna merah yang menyala. Aku suka.

Selang beberapa jam, akhirnya aku dan rakan-rakan yang lain telah berubah
bentuk dari sekeping getah ke sebiji sfera bulat yang dinamakan bola. Warna
kami semua merah menyala. Kalau ikut orang Cina, memang manyak ong!

Seminggu duduk di dalam gudang, aku dan rakan-rakan lain akhirnya menerima
kunjungan tetamu. Dua orang Yank bernama Tom Hicks dan George Gillett
datang untuk membeli aku dan rakan-rakan. Tapi mengikut pesan Yank berdua
itu, sebelum dibeli mereka mahu kami semua dicopkan dengan lambang seekor
burung dengan perkataan ‘You’ll Never Walk Alone’ di atasnya.

Aku kurang arif apa motif lambang tersebut. Mungkin satu pertubuhan ajaran
sesat barangkali? Persatuan memuja burung kot? Tapi walau apa pun yang
pasti aku suka dengan lambang baru yang dicop ke atas badan aku yang
berbentuk sfera ini.

Selepas dicop, kami disimpan kembali ke dalam gudang hinggalah tiba hari
yang dinantikan. Ya, di pagi Sabtu yang dingin bertarikh 17 Oktober 2009,
aku bersama rakan-rakan yang lain telah dibawa keluar dari gudang untuk
menaiki sebuah van. Kami meninggalkan kota Liverpool menuju ke destinasi
kami yang baru, Sunderland .

Sebetulnya aku kurang pasti tujuan lawatan kami ke sana . Adakah lawatan
sambil belajar? Atau lawatan sempena rumah terbuka Deepavali? Di dalam
perjalanan aku tertanya-tanya. Seronok tapi berdebar-debar pun ada.

Selang beberapa jam perjalanan, aku akhirnya tiba di sebuah bangunan yang
bernama Stadium of Light. Akhirnya baru aku tahu tujuan sebenar lawatan
ini. Aku bakal dijadikan bola untuk satu perlawanan bolasepak.

Gembiranya rasa hati, Tuhan saja yang tahu.

Bersama rakan-rakan yang lain, kami dibawa masuk ke dalam stadium. Tapi
harapan aku untuk dijadikan bola perlawanan dan disepak terajang oleh 22
lelaki di atas padang terbantut. Aku tidak dimasukkan ke dalam padang ,
sebaliknya di letak di satu bahagian stadium yang dikhususkan untuk
Scousers dari Liverpool .

Apa barang? Jatuhlah status aku sebagai sebiji bola yang berwarna merah dan
bercopkan seekor burung dengan kata hikmah ‘You’ll Never Walk Alone’.

Jiwa aku sedikit kacau. Sedih bercampur hiba. Hajat di hati mahu jadi
bolasepak tapi rupa-rupanya taraf aku hanyalah sekadar bola suka-suka,
dilambung-lambung, ditepuk-tepuk dan dilonjak-lonjak oleh sekumpulan
Scousers yang mabuk Carlsberg. Aku pasrah.

Tapi bak kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki tuah bola pastinya warna
merah menyala. Sedang aku dilambung-lambung akhirnya aku jatuh ke tangan
seorang budak lelaki Scouser yang sangat teruja. Aku bajet, budak seekor
ini baru kali pertama menjejakkan kaki di stadium.

Aku kenyit mata dan berikan satu bisikan jahat kepada budak Scouser ini.
Aku suruh dia campak aku masuk ke dalam padang . Budak Scouser yang bebal
ini akur dengan hasutan jahat aku. Rilek-rilek dia lambung aku masuk ke
dalam padang .

Wah, aku teruja. Tiba-tiba aku sudah berada di dalam padang . Betul-betul
depan seorang mamat berbaju kuning yang kepalanya botak dan bulat. Kepala
dia sebiji bentuknya macam aku. Nama dia Pepe Reina rasanya.

Aku senyum kat Pepe Reina. Dia buat tidak endah. Sombong. Baghal. Tapi aku
buat dek. Orang tak suka, aku pun tak sudi.

Sedang aku meloncat-loncat seronok di depan Reina itu, tiba-tiba aku nampak
kelibat seorang lelaki berkulit hitam dengan sebiji bola putih di kakinya.
Ada kawan! Aku teruja.

Bola putih yang bernama Nike T90 Ascente itu terbang menuju ke arahku.
Mungkin dia pun seronok jumpa kawan di tengah padang . Kami berdua tersenyum
dari jauh. Semakin lama dia semakin hampir. Laju pula terbangannya.
Tiba-tiba aku gelabah, mamat ni takde brek ke?

Kami bertembung. Bola putih itu terbang ke bahagian kiri mamat botak
bernama Reina sementara aku pula terbang ke bahagian kanan.

Kawan baru aku, si bola putih itu, terus masuk ke dalam gawang gol. Aku
pula kerana sedikit gemuk tetapi ringan terbang perlahan-lahan ke luar
padang . Tapi sebelum jatuh di luar padang aku sempat jeling pada mamat
botak bernama Reina itu. Dia renung ke arah aku, bukan bola putih.

Hehe, walaupun gemuk tapi warna merah menyala aku tetap menjadi daya
penarik. Bukan setakat Reina, malah lensa kamera DSLR dan juga kamera
televisyen semua fokus kepada aku. Berbilion penduduk dunia menyaksikan aku
secara langsung. Dari United Kingdom hinggalah ke Felda Bukit Rokan,
Gemencheh, Negeri Sembilan , Malaysia .

Esoknya, gambar aku termpampang di dada-dada akhbar seluruh dunia. Dari
mamat mabuk Carslberg yang kecewa di sebuah pub di kota Liverpool hinggalah
ke pengadil-pengadil EPL yang diiktiraf FIFA, semua orang bercakap pasal
aku. Dalam sekelip mata, aku jadi terkenal.

Akhirnya, barulah aku faham maksud tersirat kata-kata yang tertera di atas
badan bulat aku ini. Ya, aku kini tidak lagi keseorangan, seluruh dunia
sudah kenal siapa aku.

‘You’ll Never Walk Alone’. Aku percaya. Aku ialah sebiji bola. Yang tidak
lagi keseorangan.
(894 patah perkataan)

Thursday, January 17, 2013

Khamis Yang Sepi #11

Ni khas buat lelaki yg sedang or ingin mcari wanita yg bakal menjadi suri di hati mereka.
Info mengenai cara berjalan dan personaliti seseorang wanita mungkin boleh membantu serba sedikit dlm pcarian anda itu...jom baca!!!

Berginjat

Jika dari belakang kelihatan seperti berginjat, wanita yang berjalan seperti ini dipercayai tidak jujur. Ketika berbual, perkataan yang sering keluar dari mulutnya cenderung menyinggung perasaan orang lain.

Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap ego. Namun jangan risau, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki kerana memiliki wajah yang menarik.

Menoleh ke kiri dan ke kanan


Wanita yang berjalan sambil menoleh ke kiri dan ke kanan biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun wanita seperti ini dianggap tidak jujur dan sombong tetapi ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hati mereka. Wanita seperti ini kononnya senang diatur dan diuruskan.

Menunduk

Wanita yang suka berjalan tunduk atau memandang ke bawah disifatkan memiliki sifat yang tertutup. Mereka hanya akan berbual dengan orang yang rapat dan mereka yang dipercayai sahaja.

Wanita seperti ini biasanya sukar ditakluk hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati mereka, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebabnya, wanita jenis ini sangat setia dan tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

Kepala menegak

Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh dan bukan mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-kali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu pergaduhan kecil tercetus. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas sahaja.

Badan bergoyang

Jika wanita berjalan dengan pergerakan badannya ke kiri dan ke kanan, tandanya wanita itu tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, ia akan dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Sifatnya yang suka ambil mudah menyebabkan banyak persoalan tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan diri sendiri.

Badan menegak


Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampuri oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menariknya, wanita ini bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa memiliki sifat-sifat yang manja.

Seperti zirafah


Jika berjalan seperti zirafah, maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini memiliki perasaan sensitif. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.
  

Sekian Sahaja Perkongsian Saya... Selamat Mencuba... :)

Monday, January 14, 2013

Kemaskini Blog...

Assalamualaikum.... apa kabar kalian semua??
shat walafiat x??
huhuh
baiklah... kini pnulis telah pun kemas kini sgala2nya d dlm blog pnulis...
sdah pun pnulis cerai kan sgala2 post lame pnulis ke blog yg satu lgi.....
pnulis telah buat satu blog bru...
blog itu adalah kisah perkongsian hdup pnulis dgn rakan2....
dan blog ini telah pun pnulis tkar sgala2nya.... ade yg pnulis kekalkan...
dan ade yg pnulis buangkan...
tetapi kalian yg ingin mngikuti khidupan pnulis boleh la pergi ke link ini...

Semuanya Bermula Disini...

pnulis mngekalkn tajuk lama blog ke dlm blog bru...
dan blog lama ini telah pun pnulis mnukarkan kpada nama baru.. iaitu...
Sekadar Suka-Suka Mencatit...
kelak kalian yg setia mngikut blog ini....
kekalkn bersama pnulis... dan sama2 kita kongsi ilmu di sini.... :)

baiklah rse nye ckup skadar itu.... hrap kalian yg lain fham & tdak trkejut
atas prubahan drastik yg telah pnulis lakukan trhadap blog ini... :)
selamat mmbaca blog yg tidak seberapa ini... :)

Isnin Yang Sibuk #11

Mari sama2 kita amalkan.... dan pnjang2kanlah kepada mereka yg lain... :)


Fadhilat beristighfar:

a)  Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70
x sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)."
Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah
SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda
sendiri melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk
mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam
amalan-amalan harian kita.

 

b)  Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar,
akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah
yang tidak menentu
yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan
bererti berdukacita"

 

c)  Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya
dalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk
kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya
dalam bentuk wang ringgit.




Peringatan Terakhir - Melatah:
Bagi wanita yang suka melatah seperti “O pocot”, “O nenek kebayan”, “O sayang”  - jangan biarkan diri anda

Melazimkan sebutan-sebutan sepertinya kerana sebutan itu tidak membawa sebarang makna & kebaikan.
Kelaziman sebegitu dari waktu muda akan terbawa ke hari tua. Ubahlah sebutan anda ketika melatah dengan

Menyebut “Subhanallah” – Maha Suci Allah. Sebutan sebegini memberikan pahala dan makna kepada yang menyebut & mendengarnya.

Moga-moga dengan membiasakan diri berzikir, latah anda juga akan turut “berzikir”.

Thursday, January 10, 2013

Khamis Yang Sepi #10

Mari Sama-Sama Kita Hayati Komik Di Bawah... :)

 





p/s : semoga kita ambil iktibar cerita di atas... sama-sama kita membantu saudara sesama Islam...
dan saling kita ingat mengingati sesama Islam... :)

Monday, January 7, 2013

Isnin Yang Sibuk #10

maaf agak kelewatan sikit... sbb pnulis agak bz bru2 ni... so jmput2 lah bce ya... :)


Tak sah kalau tak share sama korang..

Amat, Daud dan Budin tersesat di dalam hutan sewaktu memburu. 

Mereka kemudiannya ditangkap oleh sekumpulan orang asli yang merupakan cannibal.
 
Sewaktu dihadapkan ke ketua puak cannibal, ketua puak mengatakan mereka tidak akan dijadikan sup dan dimakan jika mereka lepas ujian yang akan diberikan. 

Mereka dikehendaki pergi ke dalam hutan dan mencari 10 buah yang sama jenis. 

Lalu mereka pun pergi la ke dalam hutan bersama2 beberapa orang asli yang akan mempastikan mereka takkan lari.
 
Amat kembali dan membawa 10 biji buah epal. 

Ketua puak cannibal itu kemudiannya berkata "Kamu dikehendaki menyumbat kesemua buah2 tersebut kedalam lubang bontot kamu tanpa sebarang ekspressi diwajah kamu atau kamu akan dimakan!". 

Maka bermulalah sesi menyumbat buah epal ke dalam lubang bontot Amat, SATU!!! jerit semua orang-orang asli.

Belum sempat epal kedua disumbat, Amat sudah menjerit kesakitan, lalu Amat diikat dan diletak dalam kawah besar untuk direbus jadi sup.
 
Daud pula kembali membawa 10 biji anggur. Ketua puak menerangkan perkara yang sama kepada Daud. Daud merasa takdelah susah mana.
 
Dari jauh Amat dari dalam kawah mendengar orang-orang asli menjerit SATU!!! DUA!!!! TIGA!!! EMPAT!!!LIMA!!! ENAM!!! TUJUH!!! LAPAN!!!!,

tiba-tiba Amat terdengar Daud ketawa terbahak-bahak.
 
Beberapa minit kemudian Daud diletakkan bersebelahan Amat dalam kawah besar.
 
"Weiii yang ko gelak apehal???...ko dah nak lepas tadi dah!!" bentak Amat kepada Daud
 
Daud jawab "takleh tahanla beb...tengah aku relax2 sumbat anggur tiba2
 
Budin balik bawak durian 10 bijik"..




p/s : Kalau tak de senyuman terukir mmg korang hati batu la..

Thursday, January 3, 2013

Khamis Yang Sepi #9

salam... mulai hari ini.. pnulis akan post crite2 ini d lewat petang ya...
kerana bulan ini & bulan sterusnya pnulis sdah mula mnjadi sibuk....
so jom kita enjoy story d bwah... :)

Situasi Alam Pekerjaan... 

"Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria ,ada datang dengan perasaan "biasa" dan ada datang dengan perasaan serba tak kena "

Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan "
biasa" saja, hasilnya adalah "biasa" saja, sesiapa yang datang dengan ceria,hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa.

Bekerja la dengan
ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita.
Semoga hasil itu akan mendapat
keberkatan insyallah.... "

Jadi renungkanlah....
1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampa, hasilnya macam kita 'TAK DATANG' kerja

2.
Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT' .

3. Adakala kita rasa kita
PERIHATIN, tapi rupanya kita BUSY BODY.

4. Adakala kita rasa kita
OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENGAJARAN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran
KRITIS , rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS .
6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi
LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA-NGADA .

7. Adakala kita suka bertanya
'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?'
8. Adakala kita rasa kita ni pekerja yang
SEMPURNA,BAIK DAN BERDEDIKASI tapi cuba tengok dalam-dalam, selagi hati kita berdengki, jatuhkan reputasi sesama rakan sekerja (report kat bos kawan kita tak bagus dari kita) dan tak amanah (mencuri dan tak siapkan kerja),kita sebenarnya patut terima hakikat betapa kita lebih teruk dari dari anggapan kita itu sendiri.

Maka untuk itu , mari kita mula
senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan ..
kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..kita withdraw kat akhirat nanti...
tapi kalau kita asyik dengki mendengki..fikirlah apa kita akan dapat.

"Mengkritik tidak bererti menentang,Menyetujui tidak semestinya menyokong,
Menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik."

Tuesday, January 1, 2013

OH (>.<)!!!

salam...
kalian semua apa kabar??
shat??
hehehe
xtau nk ckap ape sbenarnya...
msti ada d antara kalian trasa plik...
sbb pnulis buat 3 post skaligus....
hehehe
actually nk gnti hari yg spatutnya pnulis post...
tpi ada hlangan yg tidak dpat pnulis elak...
dan spatuynya pnulis buat post jgak...
tetapi akibat kletihan yg amat....
smpai terlupa nk buat....
huhuhu
kalian boleh la jenguk2 dkat 3 post d bwah ini ya...

  1. Isnin Yang Sibuk #7
  2. Isnin Yang Sibuk #8 
  3. Isnin Yang Sibuk #9 




Isnin Yang Sibuk #9

Solat Awal Waktu

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya
menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap
melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah
sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang
fotografi.





Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem
metabolisma tubuh.Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap
tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali,
lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini
kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang
mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang
dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat
kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya
saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.
Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada
waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah
mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.


Waktu Zuhur
Warna
alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan
sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan
dengan keceriaan... Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat
Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di
perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?



Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna
oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini
bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang
merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih
malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah
(tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat
diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.



Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap
dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini
kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat
bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam
perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat
Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada
waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau
warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.



Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan
seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia
ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem
kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada
dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya,
inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur
delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah
jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi
kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya
bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil
Qiamullail.



Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan
tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi
yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta
untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai
umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap
tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah
s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan
penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat
memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri
kelas taichinya


semoga kita sama-sama beramal dgn lbih baik lagi... :)

wallahualam...

Isnin Yang Sibuk #8

Orang Pertama...

1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS

2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS

3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS

5.. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar AsSiddiq RA

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah: Umar bin Al-Khattab RA

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam: Al-Hasan bin Ali RA

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW: Thuwaibah RA

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita: Sumayyah binti Khabbat RA

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan azan: Bilal bin Rabah RA

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW: Tamim Ad-dary RA

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW: Ibban bin Othman bin Affan RA

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA

24.. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawayah bin Abi Sufyan RA

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : H arun Ar-Rasyid RH

26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA

27. Orang yang pertama menghafal Al-Quran selepas Rasulullah SAW: Ali bn Abi Tholib RA

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA

30. Orang yang pertama masuk Syurga : Nabi Muhammad SAW


wallahualam... 

Isnin Yang Sibuk #7

Bermulalah kisah......
Hanya kematian yang dapat dibayangkan oleh semua pengguna jalan raya bila
menyaksikan kejadian ini....
 



Bila mendapat Maklumat ada kemalangan ngeri yang melibatkan 5 buah kereta dan
sebuah kren yang telah terbabas lalu merempuh kenderaan yang sedang melalui
jalan ini dan kenderaan yang sedang berhenti di lampu isyarat...
 



Akhirnya dapat dilihat kerakusan kren menerjah kesemua kereta yang melalui jalan ini....
 



Kia spectra yang di pandu oleh seorang ibu dengan anaknya...
 



Gen2 juga di pandu oleh seorang ibu yang baru balik kerja...
 



Akhirnya apa yang dikatakan kemalangan maut terjawap......Sebuah kereta wira
terperosok dibawah kren...






Lihat lah kerakusan Kren yang menerkam kereta yang di pandu oleh seorang Ibu yang
sarat mengandung dan hanya menunggu masa untuk melahirkan anak.....
Cuba anda bayangkan kedudukan dan situasi ibu ini sekarang.....
MAUT mungkin sedang memanggil......YA ALLAH.....
 



Suami yang mengetahui kemalangan yang melibatkan isteri tercinta hanya mampu
berserah dan memanggil nama isteri tercinta......dan bertawakal...serta berserah pada
ALLAH yang MAHA KUASA....



Akhirnya dengan KUASA ALLAH satu keajaiban terjadi......
Si Ibu yang terperangkap dibawah Kren meminta TOLONG!!!!!!!........

Usaha Terus Ditinggkatkan bagi dapat mengeluarkan Si Ibu dengan segera.......
Pihak bomba
cuba sedaya upaya dan dengan segala kelengkapan yang ada
cuba mengeluarkan mangsa dengan segala kemahiran yang ada.....  






Akhirnya wajah Si isteri dapat dilihat.......
 



Tuhan saja yang tahu bagaimana sedihnya Hati Si Suami melihat keadaan Si
Isteri....yang tersepit dibawah Kren.....YA ALLAH...
 




Kata-kata semangat dan ayat suci Al-Quran yang mampu Si Suami bagi pada Si Isteri
agar ia terus bertahan dan sabar......Insyallah dia akan selamat

Pihak Bomba terus meningkatkan Usaha!!!!
 




Akhirnya Bumbung kereta berjaya dipisahkan dari kereta....
 



" YA ALLAH......"
 



Bantuan Sebuah Kren diperlukan bagi mengangkat kren yang menghempap kereta
Si Ibu ini......dan mengeluarkan kereta ini dari bawah kren...
 




AKhirnya wajah tenang Si Ibu dapat dilihat apabila kren yang menghempapnya di
angkat dan kereta mangsa di tarik keluar oleh orang ramai...
 


Dengan berhati-hati pihak Bomba mengeluarkan "Ibu Yang Sarat Mengandung"
 





Pihak Pramedik memberi bantuan pada Si Ibu agar Si Ibu dan Bayi dalam kandungan
Si Ibu selamat
 



Jika dilihat dari keadaan kereta ini mungkin kematian yang kita akan jangkakan....Tapi
" Ini yang disebaliknya....Dengan Kuasa ALLAH".....Subhannallah...
 



wallahualam... ;)