Followers

My Graduation!!!

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Monday, November 19, 2012

Isnin Yang Sibuk #3

Jangan Ketawa... Senyum Pun Tak Boleh...
Selamat Membaca... :)

nenek Udin
**************
Udin hendak menghantar neneknya yang sakit ke klinik dengan menaiki motor.

Udin: Mari la naik nek, pegang kuat-kuat yea..nanti jatuh!
Nenek: Iya lah, nenek pegang kuat-kuat la nie...
Udin: Jangan lupa pegang kuat-kuat yea nek!!! (kata Udin lagi mengingatkan)
Nenek: Iya, nenek dah pegang kuat-kuat la nie, takut sangat..
Udin: Ok, kalau begitu kita berangkat ya, nek.

Udin lalu 'merempit' motornya, lalu terdengar benda jatuh BUUAAAAKKKK!!!!!
Udin terperanjat, lalu menoleh ke belakang, dan ternampak si nenek terjatuh dari motornya.

Udin: Lah kenapa boleh jatuh gak nie, nek?!! Nenek tak pegang kuat-kuat agaknye?
Nenek: Nenek dah pegang kuat-kuat dah tadi!!!!
Udin: Nenek pegang kat mana?
Nenek: pagar rumah.
Udin: "$%^&(#....."
 
 
 
problem binatang
**********************
Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!
Lembu : Kenapa kau kata macam tu?
Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!
Lembu : Hah! Buat apa pulak?
Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua tiga ekor.
            Orang kata ada juga waris aku bila aku dah takde nanti.
            Tapi manusia ni memang tak berhati perut.
            Hari-hari dia orang makan telor aku, macamana aku nak dapat anak!
Lembu : Alah! Kau punye problem kecik je!
Ayam : Maksud kau??!!
Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang . Rasa nak bunuh diri pun ada.
              Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang pun tak pernah panggil aku MAK!
Ayam : ???? (Dalam hati: Bodoh macam lembu!)

 

Hon
*****
Pada satu petang, si ibu membawa anaknye berusia 4 thn bersiar2 menaiki kete. Dlm perjalanan si ibu membunyikan hon.
Anak : Naper ibu bunyikan hon & saper org tu?
Ibu : Tu sedara kite, kenalah hormat.

Dlm perjalanan mereka seterusnya mereka terserempak dgn seekor lembu yg nak melintas lalu si ibu membunyikan hon.

Anak : Itupun sedara kite jugak ke?
Ibu : (Dalam hati : nasib baik kau anak aku..)

 

Bangau yg baik hati
*************************
Al kisah bermule di sebuah kampung,seorang atok tua sedang asyik membasuh pakaian luar dan dalamnye di tepi sungai sambil mendendangkan lagu raye. suddenly, datang seekor bangau yang tercedere kepaknye meminum air sungai terbabit..

Kesiankan bangaunye pasal, orang tua tu mengambil keputusan utk merawat luke bangau tu sampai sembuh...dipendekkan cite, sembuh la bangau tu dan dia berjanji akan membalas budi orang tua tu tadi serte menjempot orang tua tu ke perumahan kos rendah yang didiami beliau.

maka, orang tua tu pon pegi la ke rumah tempat penginapan si bangau. lantas si bangau pon mengarah pembantu-pembantunya mengeluarkan dua kotak hadiah. satu kotak kecik, satu lagi kotak besor. si tua disuruh memilih kotak tersebut dan dia mencapai kotak yang kecil. si bangau lalu berkata:

"sesungguhnye ko memang baik hati wahai orang tua. ko membantu aku dengan ikhlas dan jujur. sebenornye, kotak besor tu dah aku isikan dengan sos lada hitam jer. so, terime lah hadiah pemberian ku yang tak seberape ni" kata si bangau merendah diri.

si tua terus membuke kotak yang diambilnye tadi dan terdapat 5 bijik kunci untuk 5 buah kete mercedes benz berlainan class.

alangkah terkejutnye si bangau bile si tua menolak hadiah yang sket nyer bernilai tu. bile disoal oleh si bangau mengape dier menolak pemberian tu,si tua menjawab:

"gile ko! aku dah la takde lesen memandu, dah ler aku ni miskin, mane mampu nak bayor road tax tuk lime-lime buah kete ni .."
 
 
 
Pearl Harbor VS Titanic
***********************
Seorang Pelancong Cina masuk kedalam sebuah bar di Hawaii dan dia amat terperanjat kerana didalamnya terdapat Steven Spielberg! Pengarah filem yang ternama. Sedang dia enak menikmati minumannya tiba-tiba beliau melihat pengarah filem tersebut meluru kepadanya dan melepaskan sebiji penumbuk.

Setelah bangun dari duduknya, beliau menjerit "Apa pasal engkau tumbuk aku ni?"
Pengarah filem tersebut berkata," Itu sebagai balasan di atas pengeboman Pearl Harbor, datuk aku mati pada masa tu".

Cina tersebut membantah. "Aku bangsa Cina laa bodoh! apa kena mengena dengan Jepun pulak?" Pengarah filem tadi membalas "Aaah...! Jepun, Cina, Burma, Vietnam, semua sama aje!"

Keadaan kembali reda selepas itu. Setelah memesan sebotol beer lagi, Lelaki Cina tadi terus meluru kepada Pengarah filem dan memberi satu tumbukan yang padu.

"Apa pasal kau tumbuk aku pulak ni?" balas sang pengarah filem.

"Itu sebagai balasan kerana menenggelamkan Titanic, moyang aku ada dalam kapal tu dan mati" balas Cina tadi.

"Hey budak! Titanic tenggelam pasal Iceberg laa bodoh..!" jerit sang pengarah lagi.

"Aaahh! Iceberg, Carlsberg, Spielberg... korang semua sama aje...!"
 
 
 
Bilik Hotel
***********************
Mary Sue datang ke sebuah kota besar untuk pertama kalinya.
Dia check-in di sebuah hotel mewah dan seorang pelayan membawakan begnya menuju ke bilik yang Mary Sue akan menginap.

Mary Sue mengikuti langkah-langkah pelayan itu dan ketika pelayan tersebut menutup pintu, Mary Sue melihat ke sekeliling dan marah-marah kepada pelayan tersebut.

"Anak muda, aku mungkin tua dan kekampungan, tapi tidak bererti aku ini bodoh! Aku membayar mahal untuk tinggal di hotel ini tapi bilik ini bukanlah bilik yang sesuai dengan bayaran itu! Bilik ini begitu kecil, tidak ada kemudahan, tidak ada televisyen, bahkan tempat tidur pun tidak ada!"

"Nyonya, ini adalah lif" jawab pelayan tu selamber.

hahaha...
Anda Ketawa? Anda Senyum?
Bermakna Anda Gagal...
Lepaskan Je lah Ketawa & Senyuman Anda tu...
hahaha... :)

No comments:

Post a Comment